utama

Loading

Monday, June 3, 2013

MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS UNTUK PEMBINAAN KOMPLEKS TAHFIZ DARUL ULUM

Dengan penuh rasa kerendahan hati, kami sebagai warga Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum (SRIIDU) amatlah mengharapkan sumbangan ikhlas daripada kalian semua tujuannya untuk membina sebuah Kompleks Tahfiz Darul Ulum buat anak-anak tercinta.


Tujuan kompleks ini dibina tidak lain dan tidak bukan ialah untuk melahirkan sebuah generasi yang cintakan Al-Quran, kasih kepada Allah dan Rasul-Nya, agama, bangsa dan negara.

Ini supaya agama Islam yang suci terus tertegak di bumi Malaysia dan amatlah menjadi pengharapan besar kepada kami untuk melihat impian murni ini terlaksana.

Untuk makluman pihak kalian, kos untuk pembinaan Kompleks Tahfiz Darul Ulum ini menelan perbelanjaan sebanyak RM6 juta dan sesungguhnya kami tiada berkemampuan untuk mendapatkan jumlah wang sebanyak itu.

Maka, hanya dengan pertolongan daripada pihak kalian sahajalah merupakan jalan terbaik untuk merealisasikan pembangunan institusi yang berteraskan integrasi Islam dan akademik.

Kami amatlah percaya dengan firman Allah yang menyebut, "Sesiapa yang tidak bersyukur kepada manusia maka sesungguhnya dia tidaklah dianggap bersyukur kepada Allah".

Oleh itu, di sini kami ingin merakamkan jutaan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian yang sudi menolong kami dalam menzahirkan impian dan matlamat ini daripada sebuah impian kepada satu realiti. 

Allah sahaja yang menggerakkkan hati kalian dan hati kita bersama untuk menjayakan misi melahirkan Al-Hafiz cilik yang profesional bukan sahaja di dunia, tetapi berjaya di akhirat sana kelak, Insya Allah.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 013-3094654.

No comments:

Post a Comment

Comments