utama

Loading

Tuesday, May 28, 2013

MISKIN ILMU PUNCA UMAT ISLAM MISKIN SEGALA-GALANYA

Sesungguhnya ada hikmah yang tersembunyi, kenapa kemiskinan itu tetap wujud di dunia dan tidak dapat dibendung sehinggalah ke hari ini. Hal kerana jika semua orang sudah menjadi kaya, maka tiadalah yang akan menderma dan menolong sesama manusia atas nama kebaikan dan taqwa. Islam merupakan agama yang sangat mesra pada orang miskin, orang susah dan memerlukan bantuan. Maka, alternatif menderma sebagaimana dituntut dalam agama ini adalah salah satu usaha untuk mengurangkan kemiskinan dalam ekonomi umat Islam.
Namun begitu, kemiskinan yang paling dahsyat sekali ialah miskin ilmu. Apabila seseorang itu miskin ilmunya, maka miskinlah segala-galanya. Oleh yang demikian, saya sebagai amil amatlah menyeru kepada para pelayar Facebook untuk sama-sama membantu kami dalam membangunkan sebuah institusi Islam, Kompleks Tahfiz Darul Ulum bagi menaiktarafkan ilmu agama Allah di sisi masyarakat Malaysia ini. Berwaqaflah demi meninggikan agama kita di mata dunia.

Orang miskin dan kaya hendaklah bergabung dan bersatu padu membantu antara satu sama lain dalam melahirkan umat Islam perkasa dari segi ilmu dan harta.

No comments:

Post a Comment

Comments