utama

Loading

Tuesday, March 11, 2014



"Andai nyawa saya boleh menjadi galang ganti, saya sanggup korbankan nyawa demi melihat Kompleks Tahfiz ini terbina.. Saya mohon agar ketika sdra sujud, ketika bangun malam, ketika tahajjud.. Sama-samalah mohon dan munajat pada Allah agar dipermudahkan pembangunan Kompleks Tahfiz ini. Moga ia menjadi saham tika kita bertemu Pencipta nanti" ~ UST. MOHD KHAIRI


Bantulah kami dalam pembangunan Tahfiz Srii  Darul Ulum. Kami menghargai segala pemberian anda.
"jika doa orang lemah mudah didengar Tuhan, maka bersedekah kepada mereka membuat anda selalu diperhatikan oleh Tuhan 
dan
Jika anda berani bersedekah dalam jumlah yang besar, sebaiknya anda bersiap-siap mendapatkan rezeki dalam jumlah yang besar"

Thursday, September 19, 2013

BERWAQAFLAH UNTUK PAHALA DI AKHIRAT


.INDAHNYA BERWAQAF.....



Mengikut hadis Rasulullah SAW:- 

      "bersedekah itu umpama air yang memadamkan api. Maka, tingkatkan keyakinan kita semua berdasarkan dalil hadis berikut untuk sama-sama bersedekah, menderma atau menyalurkan waqaf dan infaq kepada mereka yang memerlukan bantuan atau pertolongan kita. Berwaqaflah untuk pahala di akhirat kelak.


Sesungguhnya, Allah suka kepada para dermawan yang membelanjakan harta mereka ke jalan Allah.

HASRAT TAHFIZ DARUL ULUM SEJAJAR DENGAN TUNTUTAN AL-QURAN DAN HADIS

Al-Quran adalah merupakan kalam Allah yang suci; diturunkan kepada Rasulullah SAW untuk sekalian umat manusia; sebuah mukjizat yang kekal sehingga ke hari kiamat.

Tiada sesuatu makhluk pun yang bisa membaca, mempelajari, menghafaz serta menyebarkan isi kandungan ayat-ayat Al-Quran kecuali umat manusia.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa manusia merupakan sebaik-baik kejadian makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna dan dianugerahkan kelebihan mulia berbanding makhluk-makhluk Allah yang lain; sehingga Allah mengangkat manusia itu sendiri menjadi sebagai khalifah di muka bumi ini.

Monday, June 10, 2013

WAQAF SEMUDAH ABC

Waqaf semudah ABC tetapi pahalanya beranak-pinak hingga ke akhirat.

Monday, June 3, 2013

MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS UNTUK PEMBINAAN KOMPLEKS TAHFIZ DARUL ULUM

Dengan penuh rasa kerendahan hati, kami sebagai warga Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum (SRIIDU) amatlah mengharapkan sumbangan ikhlas daripada kalian semua tujuannya untuk membina sebuah Kompleks Tahfiz Darul Ulum buat anak-anak tercinta.

Wednesday, May 29, 2013

JOM BERAMAL!


TWITTER RASMI KOMPLEKS TAHFIZ DARUL ULUM

Assalamualaikum kepada semua sahabat handai yang melayari page Kompleks Tahfiz Darul Ulum. Sememangnya, kita tidak dapat menafikan  lagi bahawa Facebook atau TWITTER adalah antara alat media sosial berevolusi terkenal di seluruh dunia tujuannya bagi mendapatkan info atau maklumat terkini mengenai perkhabaran dunia secara meluas, pantas dan efisyen. Twitter digunapakai oleh kebanyakan masyarakat dunia kerana pengisian maklumat dapat diperoleh dengan cepat, pantas dan terbuka.

Comments